Tuesday, 10 May 2011

Perihal Penyakit Gout



 Bismillahi Rahmani Rahim
Ghout pada sendi jari kaki


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi ( monoartritis ), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidap ghout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.






B. Tanda-Tanda Penyakit Gout

 Bismillahi Rahmani Rahim
Gambaran di atas yang amat jelas menunjukkan keadaan bengkak dan sakit keterlaluan yang merupakan gejala-gejala utama bagi penyakit gout


Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal atau lebih dikenali sebagai "penyakit batu karang di dalam ginjal".




C. Peringkat-Peringkat Penyakit Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata :
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal ( penyakit batu karang dalam pundi kencing & saluran kencing ) boleh juga terjadi.




D. Diagnosis Penyakit Gout

Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.

Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.

Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.




E. Rawatan Moden Penyakit Gout

Ubat Penahan Sakit
Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.

Kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus . NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.

Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan , tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara.

Untuk kes-kes gout yang keterlaluan, pembedahan mungkin diperlukan untuk menghapuskan tofus yang besar serta untuk membetulkan kecacatan sendi.



F. Penyakit Gout Merosakkan Kulit
Kulit mungkin akan gugur, disebabkan bengkak yang berpanjangan di sekitar sendi terjejas. Ini paling ketara ketika jari-jari kaki terlibat dan mungkin akan mengakibatkan jangkitan kulat di kawasan antara jari-jari kaki jika kawasan-kawasan itu lembap.



G. Sejarah Penyakit Gout

Secara tradisi, gout dianggap sebagai satu penyakit yang dihidap hanya oleh mereka yang merosot akhlak serta malas, disebabkan makanan-makanan yang mengakibatkannya hanya dapat banyak dimakan oleh mereka yang kaya. Mangsa sterotaip ialah seorang lelaki pertengahan umur yang sangat gemuk serta malas dan yang makan dan minum terlalu banyak makanan berlemak serta alkohol, dengan wain port sering disebut sebagai sebab yang khusus.

Mungkin diakibatkan oleh perhubungan tradisi antara kekayaan dan kenal huruf, gout merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dilaporkan dalam sejarah.

Galen, pakar bedah gladiator Rom, menghuraikan gout sebagai pelelehan empat humor badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi. Istilah bahasa Latin untuk titis (iaitu titis lelehan) ialah gutta - istilah gout berasal daripada perkataan ini.

Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya

Gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.
  1. Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid).  Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi.  Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. PeGoutnawar alami boleh menanganinya.
  2. Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
  3. Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit.  Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
  4. Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan  masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
  5. Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
  6. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah.   Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
  7. Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik.  Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
  8. Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.
Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.
Sumber : penawaralami

Sakit Gout



Archive for the ‘Asid Urik’ Category

Jangan Gunakan Ais Untuk Kurangkan Sakit Gout Itu!


sakit gaut
Ais dan Gout
Ia sudah jadi satu amalan biasa bagi kami untuk letakan bungkusan ketulan ais pada bahagian yang sakit untuk kurangkan rasa sakit atau bengkak luka itu. Anda boleh buat itu untuk luka seliuh, gigitan serangga, lebam tumpukan, tetapi…….. BUKAN untuk sakit gaut!
Anda perlu tahu bahawa gaut ini adalah berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang digelar “urate crystals” pada sendi-sendi, khasnya pada sendi ibu jari besar kaki yang mencetuskan serangan sel-sel darah putih yang menyebabkan keradangan yang digelar sakit gout.
Pembentukan kristal asid urik ini adalah seperti proses pemBEKUan. Jika anda masih ingat sains sekolah menengah itu. Semakin rendah suhu larutan, semakin senang berlakunya proses pengkristalan. Kesejukan ais tu boleh hilangkan rasa sakit gout itu kerana ia melalikan saraf-saraf yang menghantar impulse sakit itu, tetapi ia akan menambahkan pembentukan kristal asid urik yang lebih banyak lagi.
Selepas ais-ais itu habis lebur dan suhu kaki kamu kembali ke normal… HABIS lah kau sakit berteruk-teruk! Masa itu anda makan apa-apa ubat gout pun tak guna!

Bahagian Badan yang Kerap Diserang Sakit Gout


Masalah sakit gout merupakan salah satu penyakit yang menjadi semakin kerap dirawat oleh doctor-doktor di Malaysia. Penyakit ini berpunca daripada mendapan unsur asid urik di antara tisu-tisu badan seperti otot dan sendi.
Serangan sakit gout biasanya datang dengan tiba-tiba dan menjadikan sendi-sendi tertentu bengkak dan merah kesakitan sehingga mangsa tersebut langsung tidak boleh berdiri atau jalan. Sakit gout ini akan menjadi semakit ketara dalam masa beberapa jam dan bengkak tersebut hanya akan hilang selepas beberapa hari atau lebih daripada satu minggu.
Lebih daripada 70% kes serangan sakit gout bermula di sendi ibu jari kaki. Tempat serangan yang kedua adalah buku lali diikuti dengan sendi lutut. Walau bagaimana pun, terdapat juga kes-kes di mana serangan pertama dirasai di sendi-sendi lain seperti gelang dan jari-jari tangan.

Tanda-tanda dan Komplikasi Sakit Gout


Tanda-Tanda Sakit Gout
  • Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
  • Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
  • Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
  • Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
  • Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
  • Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.
Komplikasi yang Berkaitan Dengan Sakit Gout
Pesakit gout biasanya mempunyai paras asid urik yang tinggi, dan asid urik lebihan ini boleh berkumpul di bawah kulit dan membentuk bonjolan digelar tophi. Terdapat juga asik urik yang terkumpul di dalam saluran air kencing dan semakin membesar sehingga menjaid Batu Karang.
Pesakit gout juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi penyakit moden yang lain seperti berikut:

Apa Itu Sakit Gout?


Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.
Faktor-faktor Yang Boleh Menyebabkan Gout
1. Tabiat pemakanan yang berprotein tinggi, khasnya daging merah dan seafood.
2. Ubat-bat seperti aspirin, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout.
3. Mereka yang ada masalah buah pinggang atau hati berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Bagaimana Sakit Gout Bermula?


Ramai orang tidak tahu bagaimana sakit gout itu bermula. Biasanya, mereka anggap bahawa serangan itu berpunca daripada makanan berpurin (purine) tinggi seperti seafood, organ dalaman yang mereka makan itu. Malah, hakikatnya bukan begitu.
Asalkan kandungan asid urik dalam badan anda masih tinggi, anda tetap akan mendapat serangan sakit gout itu pada bila-bila masa sahaja sungguh pun anda pantang habis makanan-makanan yang “berisiko” itu. Ini adalah kerana kristal-kristal halus itu masih tersembunyi di dalam sendi-sendi yang dijangkiti itu. Apabila terdapat faktor luar seperti gegaran atau kesejukan, kristal asid urik itu akan merangsangkan sistem imunasi dan bengkak itu akan berlaku.
Untuk mengelakkan serangan pada masa depan, anda perlu cari penawar gout alternatif yang lain seperti air alkali ionik untuk meneutralkan dan membasuh keluar asid urik yang menyebabkan sakit gout itu.